lagu tema program : satu perjuangan
Nie la nama program first yang aku join. Sireh pulang kegagang. Program nie adalah program jelajah MRSM pantai timur. Bermula di MRSM PC terus ke MRSM KT dan berakhir di MRSM KUANTAN. Partner first fc aku adalah As. orangnya rilex, slow, cool and steady. Aku masa nie kalau diibaratkan seperti nasi, kiranya aku nie nasi mentah lagi. apa pun tak tahu. walaupun pernah pergi induksi tapi dari segi pengalaman sendiri beraksi sebagai fasilitator, aku masih lagi kurang dan tak pernah. Tapi nasib baik As mampu cober aku dengan selamba. First LDK (Latihan Dinamika Kumpulan) sangat hambar. Maasa tu aku rasa nak je lari daripada semua nie. Aku tengok muka adik-adik group aku semuanya tak ceria. Maybe sebab aku tak pandai buat lawak ngan diaorang. Jadi nak isi masa LDK tu, aku baca jerr apa yang ada dalam modul. rasa cam pelajaran mari membaca plak...hehehe...memang mati kutu habis. Masa nie aku rasa rendah diri sangat. Aku tengok group lain cukup ceria bergelak ketawa. Aku jadi jeles. masa tu aku terfikir, 'kenapa aku tak dilahirkan sebagai seorang yang lucu'. Kalau tak aku mesti mampu buat havoc dalam group aku masa LDK. Then LDK pertama aku habis macam tu jer sampai la LDK terakhir tak ada perkembangan. Masa nie aku betul2 down. Kawan-kawan fasi lain kebanyakannya daripada sekolah bandar dan biasa terdedah dengan program motivasi diri masa disekolah menengah. Aku pulak, sepatah haram pengalaman pun aku tak ada. Betapa lemahnya skill aku masa tu. Aku rasa cam nak tarik diri daripada program pun ada. Lagipun rumah aku dekat jer ngan MRSM tuu. anytime aku boleh lari balik umah. Pastu aku jumpa ngan abe nuar yang amsa tu jadi pengarah program. Aku ceritakan masalah aku. Then ada something yang dia bagitau aku. Lepas dia bagitau 'benda' tu kat aku, aku terus jadi semangat balik. aku nekad akan teruskan hingga program terakhir. bersambung lagi...
Senarai nama fc sireh pulang ke gagang
ja'a (aku la tu), herman, zainur,sport, fakhrul, fahmi, zaki iskandar, sabri, helmi, abong, adam,azam,fatin, zafirah, fizi, asmida, mu'azzah,nad, fid, ani,jijoe,nuar,hani,najmi
sori nie je yang aku ingat..yang lain-lain sila tambah sendiri.
0 comments:
Post a Comment