Tuesday, December 15, 2009

NARRATIF


Aku tak pernah terfikir nak bagi motivasi kat orang, tak pernah tahu apa dia fasilitator, tak pernah ikut kursus motivasi sepanjang hidup aku. Boleh dikatakan aku memang buta dalam bab motivasi dan kepimpinan ni. Sebabnya satu, aku memang seorang yang pemalu. Malu dari segala hal. Malu ni lah yang membantutkan perkembangan. Entah apa potensi diri aku. Aku sendiri tak faham. Yang aku tahu aku hanya pandai main badminton ngan sepak takraw. Tu pun selalu jadi reserve. Dalam hidup aku terdapat 5 'turning point'. Turning point nie macam satu perisitwa besar yang mengubah haluan hidup kita. Kiranya kalau diibaratkan air sungai yang mengalir, turning point sebagai cabang yang ubah aliran sungai tadi.Macam tu la lebih kurang. Betul ke metamorphosis aku nie?
Aku berubah menjadi fasilitator dan seterusnya motivator adalah turning point yang ke 3. Turning point yang pertama dan kedua akan diceritakan dalam psoting akan datang. Awalnya aku cuba ubah hidup aku dengan join program khidmat macam pembimbing rakan sebaya, kelab kaunseling dan sebagainya. Masa di MRSM Beseri aku pernah pergi interview untuk jadi PRS, tapi gagal kerana aku tak ada kemampuan untuk bercakap. Bila kena interview, aku jadi 'blank' atau mati kutu. otak aku tetiba jadi kejang. langsung tak boleh keluarkan idea. Sebab tu aku gagal. Nak dijadikan cerita semasa aku di UTM tahun ke-2, Ada satu kelab (KELAB LAMBAIAN MASYARAKAT) nak buat program mempromosikanUTM kat MRSM pantai timur seperti MRSM PC, MRSM KT dan MRSM KUANTAN. Disamping buat promosi mereka akan bagi motivasi belajar kat bakal calon SPM 98.
So, aku terus buat permohonan dan tersenarai untuk diinterview. So aku cuba yang terbaik masa interview tu. Yang interview aku tu namanya kak ja ngan abg man. Kak ja skarang jadi lecturer kat utm. Abg man aku tak dengar citer. So selang seminggu lepas tu. senarai lulus interview dikeluarkan. Alhamdulilah aku berjaya, tu pun nama aku dok last skali. Masa tu aku seronok sgt. Sebabnya aku dah lulus interview. Apa benda yang akan aku hadapi dalam program tu aku langsung tak terpikir. Yang specialnya pasal program nie, kesemua fasilitator adalah bekas pelajar cemerlang MRSM seluruh Malaysia. Group kami under special program antara MARA dan UTM dinamakan sebagai student FORECAST. So aku pun termasuk dalam salah sorang budak2 forecast nie la jugak.
First meeting aku diperkenalkan dengan pengarah dan jawatankuasa program. Rupa-rupanya pengarah proram juga orang pantai timur (Gan). Nama dia khairul anuar abdullah. siap bagi nama penuh lagi. aku panggil dia abe nuar je, dulu aku kenal dia nie sebagai satu jemaah tabligh. Tak sangka dia seorang pengarah sebuah kelab khidmat baktiyang agak gah jugak la pada masa tu. Lepas habis meeting, kami semua bakal fasilitator kena ikut kursus induksi yang dikendalikan oleh saudara Hani lempenganya hangus daripada kelab kaunseling dan kerjaya (KKDK). First induksi nie cukup best. Masa tu aku baru tahu apa dia fasilittaor, peranana, tugas dan tanggungjawab. susah gak nk jadi fc nie. Kemudian malamnya kami ada sessi owling atau burung hantu. Lepas pogram owling nie, satu trade mark kami yang rasanya semua peserta program tahu iaitu hut huuuutttttttt...bunyi burung hantu. Owling masa tu cukup mencabar. Aku pun first time join program macam nie. Mula-mula kami kena redah kebun getah kat balai cerap utm sorang2..Ngeri jugak lah masa tu...memang gelap habis. Kami berjalan berdasarkan bunyi panduan daripada hani..bunyi apa ek...bunyi hut huuuuttttt.... lepas jalan sorang-sorang kami dikumpulkan dalm group yang besar dan start berjalan beramai2. Masa tu tuhan saja yang tahu betapa seksanya redah lalang yang lagi tinggi ndaripada kami...terjun kedalam parit yang sangat dalam..menyorok bawah pokok rotan yang berduri..semuanya dalam keadaan gelap malam...nasib baik tak ada kejadian buruk berlaku...kami berjalan daripada pukul 11 malam sampai 530 pagi. aku masih ingat apabila sampai kekawasan kolej masa tu dah azan subuh. Sebenarnya perjalanan mengambil masa yang singkat, tapi Hani senditri telah sesat dalam hutan tu dan kami pun ikut sesat skali.Amacam..ok tak pengalaman aku...akan bersambung kemudian...

PROGRAM YANG AKU JOIN:
1) SIREH PULANG KEGAGANG 1 MRSM PC, KT DAN KUANTAN - FC
2) KUALA BALAH DA' RETURNS KUALA BALAH JELI - FC
3) SIREH PULANG KEGAGANG 2 MRSM MUAR- PENYELARAS 2
4) PROGRAM DI SEK MEN TAMAN PERLING JB - PENGARAH PROGRAM
5) PROGRAM MOTIVASI JENTAYU 1 SMK SENAI, TUNKU ABDUL RAHMAN DAN MUNSHI ABDULLAH- PENYELARAS PROGRAM
6) PROGRAM MOTIVASI BERSAMA SMK PERLING DAN BTN AT ULU TIRAM - FC
7) PROGRAM MOTIVASI JENTAYU 2 SENAI - PENASIHAT PROGRAM
8) PROGRAM MINANG DI FELADA LUI N9- FC
9) PROGRAM MUHASABAH DIRI SMK SENAI - FC
10) PROGRAM DIAN MELAKA 2 AT SMK MUNSHI ABDULLAH - AJK
11) PROGRAM JELAPANG PADI 2001 - FC
12) PROGRAM SEMARAK KASIH AT SMSTSSS BUKIT MERTAJAM - PENYELARAS PROGRAM
13) PROGRAM SEMARAK KASIH 2 AT SMS ARAU - PENYELARAS PROGRAM
13) KEM KEMBARA MAHASISWA TELUK BAHANG - PENGARAH PROGRAM
14) PROGRAM MOTIVASI DI SMK BANDAR BARU UDA - PENASIHAT PROGRAM

0 comments:

Post a Comment