
Siri jelajah mrsm pantai timur terhenti di destinasi terakhir kami yakni mrsm kuantan. Kami sampai masa tu dah malam kat MRSM kuantan. So masuk bilik asrama dan terus tido. Besoknya aktiviti cam biasa...tazkirah subuh...seterusnya kami pergi kedewan untuk sessi pengenalan fasi dan pembahagian kumpulan. Kat sini lah cabaran sebenar aku sebagai fc bermula. Aku tekad untuk buat yang terbaik. Masa nie aku dah pandai skit bercakap, kiranya agak petah skit banding ngan kat mrsm pc yang mandom semacam...aku dapat rasakan yang group aku dah mula hidup ataupun dalam kaunseling dipanggil dinamik...masa nie aku kenal ngan jijoe atau azizul merangkap jurugambar dan juga audio engineer yang jaga PA sistem sepanjang program di mrsm kuantan nie. Jijoe aku nampak ada karisma sendiri terutama bila pakai spek hitam dan bawak video cam dia yang besar bagak...aik bagak? hehehe...bagak tak join lagi masa program nie...tengahari sessi celik it dan petang tu kami enjoy ngan aktiviti riadah..aku kena jaga checkpoint spider web dengan herman...sepanjang sireh 1 nie..aku paling rapat ngan herman...mungkin sebab lawak dugong dia agak serasi ngan aku...lagipun man sempoi dan tak banyak karenah...seterusnya ..jeng jeng...jeng...malam menjelma...malam nie merupakan malam yang special bagi aku sebab...first time aku dengar 'psycho drama' yang dipersembahkan oleh saudra Hani lempengnya hangus .... 'psycho drama' nie kalau dalam bahasa kaunseling dipanggil recall. psycho drama yang dibawa oleh hani sungguh berkesan...aku sendiri hampir menumpahkan air mata...suara hani yang merdu ditambah pula muzik latar caravansary oleh kitaro pastu disudahi pulak dengan untukmu ibu daripada exist...fuh mantap...perfect..pyscho drama yang dibawa oleh hani membawa penceritaan tentang pengorban ibu yang terlalu agung tetapi tidak pernah dimengertikan oleh anak...jarang ada anak yang sedar akan kesusahan ibu bapa mereka...woo..wooo...seriusla pulak aku...tapi at the end...lepas lampu terpasang...kebanyakan student berderai air mata mereka...mungkin mereka menangis sebab mereka ada wat salah ngan parents dan apa yang disentuh oleh hani kena atas batang hidup depa...mungkin mereka menangis sebab sedih dengan cerita yang dibawa oleh hani...mungkin mereka menangis sebab tengok kawan-kawan menangis atau mungkin ada jugak yang menangis saja2...sebab dah lama rasa nak menagis kena buli dengan senior asrama tapi tak ada kesempatan...hehehe...whatever the reason...only them know...lepas psycho drama...aku terpaksa cool down adik-adik fc aku yang kuat menangis semuanya...then yang palin menyedihkan...malam tu jugak kami terpaksa bertolak balik...lepas je psycho drama n cooling down adik2 kami...terus naik bas dan bye bye...fuhhh...sedih sungguh masa nie...sedih sebab ukhuwah yang telah terbina sepanjang sehari dimrsm kuantan begitu bermakna skali...banyak pengajaran yang aku dapat...nasib baik aku teruskan sehingga ke akhir program...baru aku tahu yang program KLM sebenarnya the BESTTTTT...next program KUALA BALAH DA' RETURNS...sedikit intro pasal program nie...aku naik keretapi dari jb ke pasir mas...naik bas dari pasir mas ke kota bharu...naik bas dari kota bharu ke tanah merah...naik basa dari tanah merah ke jeli...naik bas dari jeli ke kuala balah ( kg tunku abdul rahman)...then naik sampan ke sekolah menengah dabong...adventure tak?hehehe...ada banyak benda menarik akan diupdate..sambal tumis petai...honda 50sen...lubang idung serobong kapal...tunguuuuuuu
lagu tema sireh : satu perjuangan
nyanyian : brothers
***lagu ini telah dipih oleh saudara fahmi miskon sebagai lagu tema program
syukur pada yang esa rahmat pemberiannya
persaudaraan keharmonian
jalinkan kasih sayang hulurkan lah bantuan
kepada yang memerlukannya
mari kita bina satu ummah maju jaya
mula diri keluarga sahabat masyarakat dan negara
dengan satu perjuangan satu arah tujuan
dibawah rahmat yang esa kita melangkah
seiringan satu perjuangan
rintangan pasti melanda jangan undur walau selangkah
teruskan perjuangan hingga keakhirnya
andai kau gugur andai kau syahid
kau diredhainya
0 comments:
Post a Comment