
''Sedikit pengenalan tentang kuala balah- terletak dlam daerah jeli di kelantan, mempunyai kawasan pelancongan yang menarik seperti gunung stong yang misteri...sungai renyuk...sungai dabong yang dihuni oleh buaya ratusan tahun...pusat kegiatan belia dan wanita..dll...kg tunku abdul rahman yang terletak dalam kawasan kuala balah ni dikelilingi oleh bukit bukau yang indah..pemandangan waktu pagi yang berkabus menyegarkan minda"
LAGU TEMA PROGRAM : LAGU UNTUK IBU - BROTHERS
Kuala Balah da returns program ke dua yang aku join. Dalam program nie, peranan aku sgt penting sebab boleh dikatakan aku antara penggerak yang menjadikan program nie on. dulu KLM penah buat khidmat masyarakat dan pendidikan kat kg tunku abdul rahman kuala balah jeli kelantan. Nie kira program kali kedua kat sinie. Pertamanaya aku tak tahu program nie wujud. Yang aku tahu, satu malam tu abe nuar datang kebilik aku. dia mintak tolong aku follow dia pergi kelantan. katanya nak pergi jumpa orang kampung untuk program nie. aku pun masa tu dah lama tak balik kelantan. alang-alang abe nuar nak support aku pun setuju. maka kami pun membeli tiket konsesi keretapi kat pejabat hep utm. dapatla separuh harga. Pastu perjalanan kami yang mecabar pun bermula. Kami naik keretapi kat jb pukul 8 malam. sampai kat pasir mas kul 9 pagi. Masa tu perut dah rancak berbunyi sebab aku tido jerr sepanjang perjalanan. aku ajak nuar pekena nasi lemak tepi stesen keretapi tu...aku ngan nuar amik nasi ikan bilis telur separuh dan ayam masak merah. masa tu nuar cakap..dia kata mesti kena sembelih ngan makcik tu pasal harga..aku diam je masa tu...then bila nak bayar...nuar terkejut besar..rupa-rupanya harga untuk semua lauk yang kami amik tu cuma 80 sen jerr sorang...bayangkan betapa super murahnya...maybe makcik tu dapat dengar suara hati nuar. then aku dengan nuar teruskan perjalanan...dalam beberapa langkah aku berjalan aku rasa tak sedap hati...aku toleh semula kebelakang...makcik tu dah tak ada...dia dah hilang !!!!!!! aku jadi berdebar... memang la makcik tu tak ada sebab dah terlindung dengan public toilet...hehehehe...suspen tak...kemudian kami naik bas dari pasir mas ke kota bharu. dari kb tukar bas ke tanah merah..then kat tanah merah tukar bas lagi kejeli...sampai dijeli tukar bas lagi ke kg kuala balah...kami sampai di kuala balah dah agak petang. memang penat perjalanan...tapi tak berapa boring sebab boleh tgk byk gelagat manusia sepanjang perjalanan...lagipun perjalanan kejeli melalui kawasan kampung..seronok jugak la...sampai kuala balah...aku ngan nuar jalan kaki cari umah mak angkat dia...dia pun dan tak ingat kat amna umah mak dia tu..so jauh jugak la aku berjalan...sampai kat umah mak angkat dia...ummi ngan abah sambut kami dengan mesra skali...ummi ngan abah tu panggilan untuk mak dan ayah angkat nuar....masa tu perut pun dah lapar...kami dihidangkan dengan ayam masak merah...sambal petai...ikan masin goreng dan ulam2...pergh berselera sungguh aku ngan nuar makan...tanpa segan silu...3 pinggan nasi habis...famili ummi tak la besar...masa tu dia ada 2 orang anak jerr...sulong pompuan baru darjah 6...dan yang bongsu laki darjah 2...so lepas makan...kami mandi...pergh air yang sgt sejuk...maklum la air bukit...rasa pun lain...macam mandi dengan mineral water...hehehe...lepas mandi ummi siapkan bilik untuk kami tidur...then bila agak2 nak maghrib baru kami bangun...aku ngan nuar jalan2 kat sekitar kampung...beramah mesra dengan orang kg...sambil cari pengaruh skit2...hehe...then malam aku follow nuar meeting dengan jkkk, penghulu dan pengetua skolah kat dewan serbaguna kg.fuh..tak sangka aku boleh masuk meeting ngan orang2 tua..masa tu umo aku baru 18 thn.....pastu ada gak pendapat aku yang diaorang terima..rasa macam aku dah cukup matang masa tu...cakap pun pasal misi dan visi...hehehe...selesai meeting..kata putus pun tercapai...program nie akan on dan mereka pun setuju dengan proposal kami....esoknya...aku ngan nuar naik motor ummi untuk kesekolah kg tunku abdul rahman..sekolah nie akan jadi tempat kami jalankan aktiviti khidmat pendidikan (kp) untuk calon-calon spm. kemudian lepas skolah setuju...kami bonceng lagi motor dalam lebih kurang 15 km hingga sampai kejalan mati...kat sana kami parking motor then naik perahu untuk ke sek. men dabong...kami menyeberang sungai dabong dengan penuh debaran...maklum la musim tengkujuh...hujan renyai2 meniringi pemergian kami...air sungai masa tu cukup deras...tekong perahu terpaksa mengunakan segala kemahiran yang dia ada untuk mengelakkan sampan terbalik...air sungai amsa tu cukup keroh...macam teh tarik...bayangkan betapa besar pengorbanan yang kami lakukan untuk menjayakan program nie...tiada sesiapa yang membayar upah atau gaji...semuanya dilakukan dengan percuma kerana seronok bila dapat berbakti kepada masyarakat dan seronok bila dapat ke program bersama kawan-kawan..sekarang baru aku terfikir betapa bahayanya misi kami...kalau la sampan terbalik masa tu...tak dapat la aku berkongsi cerita nie..BERSAMBUNG LAGI NANTI...PART 2


