Thursday, December 31, 2009

KUALA BALAH DA' RETURNS 99..PART 1...FIRST SURVEY


''Sedikit pengenalan tentang kuala balah- terletak dlam daerah jeli di kelantan, mempunyai kawasan pelancongan yang menarik seperti gunung stong yang misteri...sungai renyuk...sungai dabong yang dihuni oleh buaya ratusan tahun...pusat kegiatan belia dan wanita..dll...kg tunku abdul rahman yang terletak dalam kawasan kuala balah ni dikelilingi oleh bukit bukau yang indah..pemandangan waktu pagi yang berkabus menyegarkan minda"

LAGU TEMA PROGRAM : LAGU UNTUK IBU - BROTHERS

Kuala Balah da returns program ke dua yang aku join. Dalam program nie, peranan aku sgt penting sebab boleh dikatakan aku antara penggerak yang menjadikan program nie on. dulu KLM penah buat khidmat masyarakat dan pendidikan kat kg tunku abdul rahman kuala balah jeli kelantan. Nie kira program kali kedua kat sinie. Pertamanaya aku tak tahu program nie wujud. Yang aku tahu, satu malam tu abe nuar datang kebilik aku. dia mintak tolong aku follow dia pergi kelantan. katanya nak pergi jumpa orang kampung untuk program nie. aku pun masa tu dah lama tak balik kelantan. alang-alang abe nuar nak support aku pun setuju. maka kami pun membeli tiket konsesi keretapi kat pejabat hep utm. dapatla separuh harga. Pastu perjalanan kami yang mecabar pun bermula. Kami naik keretapi kat jb pukul 8 malam. sampai kat pasir mas kul 9 pagi. Masa tu perut dah rancak berbunyi sebab aku tido jerr sepanjang perjalanan. aku ajak nuar pekena nasi lemak tepi stesen keretapi tu...aku ngan nuar amik nasi ikan bilis telur separuh dan ayam masak merah. masa tu nuar cakap..dia kata mesti kena sembelih ngan makcik tu pasal harga..aku diam je masa tu...then bila nak bayar...nuar terkejut besar..rupa-rupanya harga untuk semua lauk yang kami amik tu cuma 80 sen jerr sorang...bayangkan betapa super murahnya...maybe makcik tu dapat dengar suara hati nuar. then aku dengan nuar teruskan perjalanan...dalam beberapa langkah aku berjalan aku rasa tak sedap hati...aku toleh semula kebelakang...makcik tu dah tak ada...dia dah hilang !!!!!!! aku jadi berdebar... memang la makcik tu tak ada sebab dah terlindung dengan public toilet...hehehehe...suspen tak...kemudian kami naik bas dari pasir mas ke kota bharu. dari kb tukar bas ke tanah merah..then kat tanah merah tukar bas lagi kejeli...sampai dijeli tukar bas lagi ke kg kuala balah...kami sampai di kuala balah dah agak petang. memang penat perjalanan...tapi tak berapa boring sebab boleh tgk byk gelagat manusia sepanjang perjalanan...lagipun perjalanan kejeli melalui kawasan kampung..seronok jugak la...sampai kuala balah...aku ngan nuar jalan kaki cari umah mak angkat dia...dia pun dan tak ingat kat amna umah mak dia tu..so jauh jugak la aku berjalan...sampai kat umah mak angkat dia...ummi ngan abah sambut kami dengan mesra skali...ummi ngan abah tu panggilan untuk mak dan ayah angkat nuar....masa tu perut pun dah lapar...kami dihidangkan dengan ayam masak merah...sambal petai...ikan masin goreng dan ulam2...pergh berselera sungguh aku ngan nuar makan...tanpa segan silu...3 pinggan nasi habis...famili ummi tak la besar...masa tu dia ada 2 orang anak jerr...sulong pompuan baru darjah 6...dan yang bongsu laki darjah 2...so lepas makan...kami mandi...pergh air yang sgt sejuk...maklum la air bukit...rasa pun lain...macam mandi dengan mineral water...hehehe...lepas mandi ummi siapkan bilik untuk kami tidur...then bila agak2 nak maghrib baru kami bangun...aku ngan nuar jalan2 kat sekitar kampung...beramah mesra dengan orang kg...sambil cari pengaruh skit2...hehe...then malam aku follow nuar meeting dengan jkkk, penghulu dan pengetua skolah kat dewan serbaguna kg.fuh..tak sangka aku boleh masuk meeting ngan orang2 tua..masa tu umo aku baru 18 thn.....pastu ada gak pendapat aku yang diaorang terima..rasa macam aku dah cukup matang masa tu...cakap pun pasal misi dan visi...hehehe...selesai meeting..kata putus pun tercapai...program nie akan on dan mereka pun setuju dengan proposal kami....esoknya...aku ngan nuar naik motor ummi untuk kesekolah kg tunku abdul rahman..sekolah nie akan jadi tempat kami jalankan aktiviti khidmat pendidikan (kp) untuk calon-calon spm. kemudian lepas skolah setuju...kami bonceng lagi motor dalam lebih kurang 15 km hingga sampai kejalan mati...kat sana kami parking motor then naik perahu untuk ke sek. men dabong...kami menyeberang sungai dabong dengan penuh debaran...maklum la musim tengkujuh...hujan renyai2 meniringi pemergian kami...air sungai masa tu cukup deras...tekong perahu terpaksa mengunakan segala kemahiran yang dia ada untuk mengelakkan sampan terbalik...air sungai amsa tu cukup keroh...macam teh tarik...bayangkan betapa besar pengorbanan yang kami lakukan untuk menjayakan program nie...tiada sesiapa yang membayar upah atau gaji...semuanya dilakukan dengan percuma kerana seronok bila dapat berbakti kepada masyarakat dan seronok bila dapat ke program bersama kawan-kawan..sekarang baru aku terfikir betapa bahayanya misi kami...kalau la sampan terbalik masa tu...tak dapat la aku berkongsi cerita nie..BERSAMBUNG LAGI NANTI...PART 2

SIREH PULANG KEGAGANG 1 - LAST PART


Siri jelajah mrsm pantai timur terhenti di destinasi terakhir kami yakni mrsm kuantan. Kami sampai masa tu dah malam kat MRSM kuantan. So masuk bilik asrama dan terus tido. Besoknya aktiviti cam biasa...tazkirah subuh...seterusnya kami pergi kedewan untuk sessi pengenalan fasi dan pembahagian kumpulan. Kat sini lah cabaran sebenar aku sebagai fc bermula. Aku tekad untuk buat yang terbaik. Masa nie aku dah pandai skit bercakap, kiranya agak petah skit banding ngan kat mrsm pc yang mandom semacam...aku dapat rasakan yang group aku dah mula hidup ataupun dalam kaunseling dipanggil dinamik...masa nie aku kenal ngan jijoe atau azizul merangkap jurugambar dan juga audio engineer yang jaga PA sistem sepanjang program di mrsm kuantan nie. Jijoe aku nampak ada karisma sendiri terutama bila pakai spek hitam dan bawak video cam dia yang besar bagak...aik bagak? hehehe...bagak tak join lagi masa program nie...tengahari sessi celik it dan petang tu kami enjoy ngan aktiviti riadah..aku kena jaga checkpoint spider web dengan herman...sepanjang sireh 1 nie..aku paling rapat ngan herman...mungkin sebab lawak dugong dia agak serasi ngan aku...lagipun man sempoi dan tak banyak karenah...seterusnya ..jeng jeng...jeng...malam menjelma...malam nie merupakan malam yang special bagi aku sebab...first time aku dengar 'psycho drama' yang dipersembahkan oleh saudra Hani lempengnya hangus .... 'psycho drama' nie kalau dalam bahasa kaunseling dipanggil recall. psycho drama yang dibawa oleh hani sungguh berkesan...aku sendiri hampir menumpahkan air mata...suara hani yang merdu ditambah pula muzik latar caravansary oleh kitaro pastu disudahi pulak dengan untukmu ibu daripada exist...fuh mantap...perfect..pyscho drama yang dibawa oleh hani membawa penceritaan tentang pengorban ibu yang terlalu agung tetapi tidak pernah dimengertikan oleh anak...jarang ada anak yang sedar akan kesusahan ibu bapa mereka...woo..wooo...seriusla pulak aku...tapi at the end...lepas lampu terpasang...kebanyakan student berderai air mata mereka...mungkin mereka menangis sebab mereka ada wat salah ngan parents dan apa yang disentuh oleh hani kena atas batang hidup depa...mungkin mereka menangis sebab sedih dengan cerita yang dibawa oleh hani...mungkin mereka menangis sebab tengok kawan-kawan menangis atau mungkin ada jugak yang menangis saja2...sebab dah lama rasa nak menagis kena buli dengan senior asrama tapi tak ada kesempatan...hehehe...whatever the reason...only them know...lepas psycho drama...aku terpaksa cool down adik-adik fc aku yang kuat menangis semuanya...then yang palin menyedihkan...malam tu jugak kami terpaksa bertolak balik...lepas je psycho drama n cooling down adik2 kami...terus naik bas dan bye bye...fuhhh...sedih sungguh masa nie...sedih sebab ukhuwah yang telah terbina sepanjang sehari dimrsm kuantan begitu bermakna skali...banyak pengajaran yang aku dapat...nasib baik aku teruskan sehingga ke akhir program...baru aku tahu yang program KLM sebenarnya the BESTTTTT...next program KUALA BALAH DA' RETURNS...sedikit intro pasal program nie...aku naik keretapi dari jb ke pasir mas...naik bas dari pasir mas ke kota bharu...naik bas dari kota bharu ke tanah merah...naik basa dari tanah merah ke jeli...naik bas dari jeli ke kuala balah ( kg tunku abdul rahman)...then naik sampan ke sekolah menengah dabong...adventure tak?hehehe...ada banyak benda menarik akan diupdate..sambal tumis petai...honda 50sen...lubang idung serobong kapal...tunguuuuuuu

lagu tema sireh : satu perjuangan
nyanyian : brothers
***lagu ini telah dipih oleh saudara fahmi miskon sebagai lagu tema program

syukur pada yang esa rahmat pemberiannya
persaudaraan keharmonian
jalinkan kasih sayang hulurkan lah bantuan
kepada yang memerlukannya

mari kita bina satu ummah maju jaya
mula diri keluarga sahabat masyarakat dan negara
dengan satu perjuangan satu arah tujuan
dibawah rahmat yang esa kita melangkah
seiringan satu perjuangan

rintangan pasti melanda jangan undur walau selangkah
teruskan perjuangan hingga keakhirnya
andai kau gugur andai kau syahid
kau diredhainya

SIREH PULANG KE GAGANG 1--PART 2


Selepas program kat MRSM PC kami bergerak ke MRSM KT. Sebelum sampai sana, kami singgah kat masjid terapung kuala ibai. Solat kat sana ..syahdu sungguh...dengan suasana petang ditemani remang-remang cahaya...kami bersujud menghadap kehadrat Allah s.w.t Selesai solat, kami berkemas dan lepak2 kat laur masjid menikmati keindahan alam. Tiada satu pun yang cacat..semuanya cukup sempurna...selesai sessi bergambar dan makan aiskrim, kami meneruskan perjalanan ke mrsm. Sampai dimrsm KT sewaktu senja baru nak merangkak masuk...kami diberi asrama kayu yang dulunya surau lama..sungguh tak selesa dengan elektrik pada awalnya tak ada. Tapi sebagai fasilitator, kami menag dah bersedia. So tak byk complaint, terus kemaskan tempat tido n zzzzzz.....badan pun dah penat sgt. Besoknya hari sabtu pagi2 dah kena bangun...kena attend kuliah subuh...tapi aku macam biasa la...liat...ketegaq kata org kedah...aku gbgn bila org dah balik surau...terus solat express dan pergi dewan. kat mrsm KT tak ada sessi LDK sebab pengisian hanya ceramah dengan pameran celik IT. Saudara Helmi dengan Fatin bersemangat bg ceramah...heheh first time ada 2 orang penceramah pada satu masa...ketika nie aku tak kenal sgt dengan helmi, fatin...sebab kami pertama kali join program....aku tgk masa ceramah ramai budak2 dah terlentok...aku ngan herman jamaludin amik insiatif bukak kedai kopi kami kat belakang dewan..mula2 kami sembang ngan 2 -3 orang student MRSM KT je..maki lama makin ramai yang join kedai kopi aku ngan man...last2...kedai kopi kami jadi sgt maju sampai aku ngan man terpaksa cakap kuat2 bg semua orang dengar...kesian kat helmi ngan fatin masa tu sebab informal speech kami lebih berjaya...hehehe ...jangan marah ye...semuanya berlaku secara spontan...kat MRSM KT nie agak meboringkan sebab pengisian nye gitu-gitu jer...pastu tu petang kami kemas barang dan berangkat menuju ke MRSM kuantan yakni last destinasi kami...kat kuantan lagi byk benda yang interesting berlaku...sabar ye...

Tuesday, December 15, 2009

SIREH PULANG KEGAGANG PART 1



lagu tema program : satu perjuangan

Nie la nama program first yang aku join. Sireh pulang kegagang. Program nie adalah program jelajah MRSM pantai timur. Bermula di MRSM PC terus ke MRSM KT dan berakhir di MRSM KUANTAN. Partner first fc aku adalah As. orangnya rilex, slow, cool and steady. Aku masa nie kalau diibaratkan seperti nasi, kiranya aku nie nasi mentah lagi. apa pun tak tahu. walaupun pernah pergi induksi tapi dari segi pengalaman sendiri beraksi sebagai fasilitator, aku masih lagi kurang dan tak pernah. Tapi nasib baik As mampu cober aku dengan selamba. First LDK (Latihan Dinamika Kumpulan) sangat hambar. Maasa tu aku rasa nak je lari daripada semua nie. Aku tengok muka adik-adik group aku semuanya tak ceria. Maybe sebab aku tak pandai buat lawak ngan diaorang. Jadi nak isi masa LDK tu, aku baca jerr apa yang ada dalam modul. rasa cam pelajaran mari membaca plak...hehehe...memang mati kutu habis. Masa nie aku rasa rendah diri sangat. Aku tengok group lain cukup ceria bergelak ketawa. Aku jadi jeles. masa tu aku terfikir, 'kenapa aku tak dilahirkan sebagai seorang yang lucu'. Kalau tak aku mesti mampu buat havoc dalam group aku masa LDK. Then LDK pertama aku habis macam tu jer sampai la LDK terakhir tak ada perkembangan. Masa nie aku betul2 down. Kawan-kawan fasi lain kebanyakannya daripada sekolah bandar dan biasa terdedah dengan program motivasi diri masa disekolah menengah. Aku pulak, sepatah haram pengalaman pun aku tak ada. Betapa lemahnya skill aku masa tu. Aku rasa cam nak tarik diri daripada program pun ada. Lagipun rumah aku dekat jer ngan MRSM tuu. anytime aku boleh lari balik umah. Pastu aku jumpa ngan abe nuar yang amsa tu jadi pengarah program. Aku ceritakan masalah aku. Then ada something yang dia bagitau aku. Lepas dia bagitau 'benda' tu kat aku, aku terus jadi semangat balik. aku nekad akan teruskan hingga program terakhir. bersambung lagi...

Senarai nama fc sireh pulang ke gagang
ja'a (aku la tu), herman, zainur,sport, fakhrul, fahmi, zaki iskandar, sabri, helmi, abong, adam,azam,fatin, zafirah, fizi, asmida, mu'azzah,nad, fid, ani,jijoe,nuar,hani,najmi

sori nie je yang aku ingat..yang lain-lain sila tambah sendiri.

NARRATIF


Aku tak pernah terfikir nak bagi motivasi kat orang, tak pernah tahu apa dia fasilitator, tak pernah ikut kursus motivasi sepanjang hidup aku. Boleh dikatakan aku memang buta dalam bab motivasi dan kepimpinan ni. Sebabnya satu, aku memang seorang yang pemalu. Malu dari segala hal. Malu ni lah yang membantutkan perkembangan. Entah apa potensi diri aku. Aku sendiri tak faham. Yang aku tahu aku hanya pandai main badminton ngan sepak takraw. Tu pun selalu jadi reserve. Dalam hidup aku terdapat 5 'turning point'. Turning point nie macam satu perisitwa besar yang mengubah haluan hidup kita. Kiranya kalau diibaratkan air sungai yang mengalir, turning point sebagai cabang yang ubah aliran sungai tadi.Macam tu la lebih kurang. Betul ke metamorphosis aku nie?
Aku berubah menjadi fasilitator dan seterusnya motivator adalah turning point yang ke 3. Turning point yang pertama dan kedua akan diceritakan dalam psoting akan datang. Awalnya aku cuba ubah hidup aku dengan join program khidmat macam pembimbing rakan sebaya, kelab kaunseling dan sebagainya. Masa di MRSM Beseri aku pernah pergi interview untuk jadi PRS, tapi gagal kerana aku tak ada kemampuan untuk bercakap. Bila kena interview, aku jadi 'blank' atau mati kutu. otak aku tetiba jadi kejang. langsung tak boleh keluarkan idea. Sebab tu aku gagal. Nak dijadikan cerita semasa aku di UTM tahun ke-2, Ada satu kelab (KELAB LAMBAIAN MASYARAKAT) nak buat program mempromosikanUTM kat MRSM pantai timur seperti MRSM PC, MRSM KT dan MRSM KUANTAN. Disamping buat promosi mereka akan bagi motivasi belajar kat bakal calon SPM 98.
So, aku terus buat permohonan dan tersenarai untuk diinterview. So aku cuba yang terbaik masa interview tu. Yang interview aku tu namanya kak ja ngan abg man. Kak ja skarang jadi lecturer kat utm. Abg man aku tak dengar citer. So selang seminggu lepas tu. senarai lulus interview dikeluarkan. Alhamdulilah aku berjaya, tu pun nama aku dok last skali. Masa tu aku seronok sgt. Sebabnya aku dah lulus interview. Apa benda yang akan aku hadapi dalam program tu aku langsung tak terpikir. Yang specialnya pasal program nie, kesemua fasilitator adalah bekas pelajar cemerlang MRSM seluruh Malaysia. Group kami under special program antara MARA dan UTM dinamakan sebagai student FORECAST. So aku pun termasuk dalam salah sorang budak2 forecast nie la jugak.
First meeting aku diperkenalkan dengan pengarah dan jawatankuasa program. Rupa-rupanya pengarah proram juga orang pantai timur (Gan). Nama dia khairul anuar abdullah. siap bagi nama penuh lagi. aku panggil dia abe nuar je, dulu aku kenal dia nie sebagai satu jemaah tabligh. Tak sangka dia seorang pengarah sebuah kelab khidmat baktiyang agak gah jugak la pada masa tu. Lepas habis meeting, kami semua bakal fasilitator kena ikut kursus induksi yang dikendalikan oleh saudara Hani lempenganya hangus daripada kelab kaunseling dan kerjaya (KKDK). First induksi nie cukup best. Masa tu aku baru tahu apa dia fasilittaor, peranana, tugas dan tanggungjawab. susah gak nk jadi fc nie. Kemudian malamnya kami ada sessi owling atau burung hantu. Lepas pogram owling nie, satu trade mark kami yang rasanya semua peserta program tahu iaitu hut huuuutttttttt...bunyi burung hantu. Owling masa tu cukup mencabar. Aku pun first time join program macam nie. Mula-mula kami kena redah kebun getah kat balai cerap utm sorang2..Ngeri jugak lah masa tu...memang gelap habis. Kami berjalan berdasarkan bunyi panduan daripada hani..bunyi apa ek...bunyi hut huuuuttttt.... lepas jalan sorang-sorang kami dikumpulkan dalm group yang besar dan start berjalan beramai2. Masa tu tuhan saja yang tahu betapa seksanya redah lalang yang lagi tinggi ndaripada kami...terjun kedalam parit yang sangat dalam..menyorok bawah pokok rotan yang berduri..semuanya dalam keadaan gelap malam...nasib baik tak ada kejadian buruk berlaku...kami berjalan daripada pukul 11 malam sampai 530 pagi. aku masih ingat apabila sampai kekawasan kolej masa tu dah azan subuh. Sebenarnya perjalanan mengambil masa yang singkat, tapi Hani senditri telah sesat dalam hutan tu dan kami pun ikut sesat skali.Amacam..ok tak pengalaman aku...akan bersambung kemudian...

PROGRAM YANG AKU JOIN:
1) SIREH PULANG KEGAGANG 1 MRSM PC, KT DAN KUANTAN - FC
2) KUALA BALAH DA' RETURNS KUALA BALAH JELI - FC
3) SIREH PULANG KEGAGANG 2 MRSM MUAR- PENYELARAS 2
4) PROGRAM DI SEK MEN TAMAN PERLING JB - PENGARAH PROGRAM
5) PROGRAM MOTIVASI JENTAYU 1 SMK SENAI, TUNKU ABDUL RAHMAN DAN MUNSHI ABDULLAH- PENYELARAS PROGRAM
6) PROGRAM MOTIVASI BERSAMA SMK PERLING DAN BTN AT ULU TIRAM - FC
7) PROGRAM MOTIVASI JENTAYU 2 SENAI - PENASIHAT PROGRAM
8) PROGRAM MINANG DI FELADA LUI N9- FC
9) PROGRAM MUHASABAH DIRI SMK SENAI - FC
10) PROGRAM DIAN MELAKA 2 AT SMK MUNSHI ABDULLAH - AJK
11) PROGRAM JELAPANG PADI 2001 - FC
12) PROGRAM SEMARAK KASIH AT SMSTSSS BUKIT MERTAJAM - PENYELARAS PROGRAM
13) PROGRAM SEMARAK KASIH 2 AT SMS ARAU - PENYELARAS PROGRAM
13) KEM KEMBARA MAHASISWA TELUK BAHANG - PENGARAH PROGRAM
14) PROGRAM MOTIVASI DI SMK BANDAR BARU UDA - PENASIHAT PROGRAM