Hari tu merupakan hari yang sgt heppi bagi kami berempat...selepas melalui pelbagai peristiwa suka duka sebagai first team, akhirnya sampai juga kawan-kawan KLM pada hari tu. Syukur tak terkira... kami pakai baju batik kaler biru untuk upacara perasmian kat dewan umum kg tu yg baru siap dibina. tapi seriusly...apa aktiviti kat kg tu aku dah lupa... hmm memori dah makin low....sebab tu aku buat blog nie supaya memori nie tak lost...yang aku masih ingt...sejak bas utm berlabuh kat kg tu ada sorang awek nie asyik senyum2 jerr kat aku...aku pun buat tak tahu sebab dah biasa dengan awek senyum2 macam tu...tapi rupanya senyuman awek nie ada makna..ada maksud tersirat...rupa-rupanya dia lah partner fc aku yang ke-2 iaitu kak ezi....hehehe...jgn marah ye adam.... kak ezi cuba berkomunikasi dengan aku supaya ldk kami x kaku nanti...dan nie jugak adalah first program kak ezi bersama lambaian... batch baru yang join adalah macam hidayah, raja, komeng, wazir, zie, mazlan, nik, shidah dan yang sewaktu dengannya...batch senior plak ( budak akaun) macam gap@hifni, jijoe, bagak @ arie, zul, jaki, ainul,robin van persie, kak lin, kak her, kak wati, budak forecast yang join...aku ingt zainur jerr...then yang aku tahu...selpeas perasmian tu aktiviti kat kg adalah aktiviti bebas...huhuhu...esoknya ada ziarah kat sek rendah dan menengah...aku ditugaskan ke team sek men. buat program ngan skolah luar bandar nie agak mencabar. satunya masalah komunikasi, sifat pemalu dan rendah diri adik2 kat sek tu menyukarkan aktiviti berkumpulan. Selepas 5 jam berhempas pulas buat ice breaking....akhirnya barulah suara emas mereka dikeluarkan...tu pun sikit2 jerr...biasalah selaps berkongsi nasihat dan pedoman...aktiviti ziarah tamat pada pukul 6 ptg...lepas sessi bersalaman dan amik gambar..kami bertolak balik ke kg. Esoknya kami berangkat ke smk dabong untuk KP selama 3 hari 2 malam. dalam perjalanan, aku tak sabar nak tgk aksi member2 klm bila terpaksa menyeberang sg dabong dengan kadar alir yang cukup laju dan warna air yang macam teh susu....ada yang teruja..ada yang takut2...tapi memang advanture habis sebab kami terpaksa berulang alik dengan perahu untuk angkut barang2 maca desktop, lcd projector, video cam yang besar bagak....beg2 dan macam2 lagi.
sampai kat seberang sungai pulak terpaksa panjat tebing yang tingginya dalam 15 meter dengan bawak barang2...akhirnya berkat idea bernas gap..kami buat barisan panjang dan passing barang2 sampai kat atas...bila abrang dah sampai atas..satu lagi maslaah...nak angkut kesekolah punyalah jauh..last2 aku mintak tolong pegawai pejabat tanah yang ada kat situ untuk pinjamkan lori depa..aku yang bawak lori tu....hehehe...akhirnya semua sekali selamat dibawa ke smk dabong dan msii kp kami bermula disana...nanti aku tulis lagi aktiviti kat sana..